Jalan-Jalan Msia

Penang Avatar Secret Garden

TAMAN CAHAYA DI PULAU PINANG!

Assalamualaikum fellasss! Okay harini aku nak review sikit pasal salah satu tarikan baru di Penang ni. Mungkin ramai yang dah tahu , dan mungkin juga ada yang masih tercari-cari tempat yang menarik untuk dilawati di Penang ni. Okay aku suggest Avatar Secret Garden.

12BA5D93-6FBA-402D-9556-B18CFEF83AEE-4506-000003A354E00128

Apa yang menarik dekat sini? Okay Avatar Secret Garden ni bukanlah taman tema, bukan juga shopping mall tapi sebuah tokong yang diubahsuai menjadi satu tarikan terkini dekat Penang ni. Kawasan tokong ni letakkan lampu lampu yang banyak dan sangat indah! Tapi kena datang waktu malam lah, kalau datang siang-siang memang rugi la tak nampak apa. Kalau nak dibandingkan dengan i-City, sini lagi lawa bagi aku sebab pemandangan dia sangat indah, rasa macam duduk dekat alam fantasi.

15D2B51E-A756-487E-A9E0-AEA37AB4BF81-4506-000003A32FC87D20

Kawasan dia memang agak sempit tapi bagi aku berbaloi nak datang. Lampu dia bukan satu kaler je taw, dia automatik bertukar, memang memukau pandangan, aku amazed sangat. Cuma satu nak PESAN, orang kata tak elok sangat bawa budak kecik ke tempat ni, yelah sini kan kawasan tokong cina dan hutan, tak elok. Ada yang kata tempat ni agak ‘keras’ tapi bagi aku okay je cuma tak selesa sikit dengan bau colok dia. Haritu pun masa pergi aku bawak anak sedara yang masih baby, okay je dia takde nangis apa, terpulang lah.

IMG_6414
Kasi can lah sikit!
IMG_6415
Feeling romantis sikit 😛

Kalau nak ambil gambar lawa kat sini, korang kena ada pertolongan orang lain lah. Memang susah sikit kalau berdua je. Macam aku ni, abang ipar jadi tukang lampu (suluh muka kitorang dgn torchlight fon) dan kakak aku jadi kameraman HAHAHA memang kena gigih sikit 😛

IMG_6372
Bunga bunga LED .
IMG_6416
Kawasan tepi laut area tokong tu.
photo5jpg
Ni view waktu siang. Cantik jugak!

Address: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

atau boleh je waze @ maps Avatar Secret Garden.

Waktu Operasi : Sentiasa bukak untuk pengunjung – 12:00 am (Daily)

Bayaran Masuk : FREE

Bayaran Parking : RM3-RM5 (depends lokasi parking, lagi dekat lagi mahal)

Food Hunting, Jalan-Jalan Msia

7 Makanan Unik Di Cameron Highlands

WAJIB cuba jika korang datang ke Cameron Highlands sebab takkan dapat kat tempat lain! MENU WAJIB CUBA !

  1. NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERRY

Restoran Taman Abang : Steamboat & Grill Buffet
– Alamat : 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata.
(Tanahrata, Belakang Terminal Freesia, sebelah Cool Point Hotel)
– Peta Lokasi : PETA Restoran Taman Abang

1

 

2. TEH SEGAR & KEK 

Ada 2 kebun teh Boh yang terdapat di sini iaitu Boh Tea Center Ringlet (Habu) dan Boh Tea Center Sungai Palas. Kedua-duanya menawarkan aktiviti yang hampir sama iaitu lawatan ke kilang teh, di mana anda boleh mempelajari proses pembuatan teh serta pelbagai informasi yang berkaitan. Jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai pilihan teh panas bersama kek atau pastri. Memang ummmpph Apapun, datanglah awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Pemandangan pun sejuk dan segar di awal pagi. Tempat ini ditutup awal, iaitu sekitar jam 4.30 petang.
IMG_3968
7
Makan sambil menikmati pemandangan indah ni memang layan!

3. AISKRIM LAVENDER

Lavender Ice Cream merupakan salah satu tarikan di Taman Lavender (boleh waze location). Ramai juga yang beratur semata-mata nak beli aiskrim ni. Harga bagi satu aiskrim ni bukan seringgit dua okay! Kalau tak silap aku dalam RM7 juga satu aiskrim. Kalau korang teringin sangat nak rasa, belilah. Bagi aku rasa aiskrim dia biasa sahaja. Sama sahaja rasa macam aiskrim biasa tu. Cuma this one rasa sabun la sebab buat daripada bunga lavender kan? Boleh tahan pekat juga rasa lavender ni.

2

4. AISKRIM STRAWBERRY 
Aiskrim ni personal favourite aku lah! lagi-lagi yang aiskrim malaysia tu sedap yakmat! Lokasi jual dekat mana-mana pun ada. Pasar malam, kedai runcit, ladang strawberry, kedai runcit semua ada!
3
12
5. FRESH STRAWBERRY CICAH COKLAT
Datang Cameron wajib lah makan strawberry dia sepuas-puasnya. Memang fresh, manis, sedap, murah!! Kalau beli dekat pasar malam lagi murah lagi-lagi kalau beli banyak. Boleh tawar-menawar harga. Lepastu cicah pulak dengan sos coklat, yam ampunnn sedap meleh-leleh!
5
4
6. AVANT CHOCOLATE
Bagi penggemar coklat, memang tak sahlah kalau tak singgah di Avant Chocolate. Mesti rambang mata menengok macam-macam jenis coklat. Dessert dan aiskrim pun ada.
Avant Chocolate ni lokasinya tak jauh dari Simpang Pulai, bersebelahan dengan Green View Garden. Senang kata, ia adalah pit stop pertama yang akan anda nampak kalau anda datang ke Cameron Highland dari arah Simpang Pulai. Harga Tiket : Percuma. Waktu Operasi : 9.00 am – 6.30 pm
8
7. MENU BERASASKAN STRAWBERRY
Yang ni dekat Big Red Strawberry Farm. Macam-macam menu strawberry ada. Boleh waze je. Lokasi ni memang hotspot, ramai pengunjung. Satu lagi cafe yang menyajikan menu macamni, dekat YZ Cafe.
Cafe YZ Farm, Taman Sedia
– Alamat : No.22, Kampung Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
– Peta Lokasi : PETA YZ Farm
Sambil melawat ladang strawberry YZ Farm, bolehlah terus la menjamu selera disini. Di kawasan Kg Melau Taman Sedia ini juga terdapat beberapa Strawberry Farm milik Bumiputera.
IMG_4017
Korang dah try semua ke?? Kalau singgah cameron wajib rasa taw semua ni. Tak lengkap kalau tak rasa. Harap entry ni membantu korang yang nak jalan-jalan kat sana. Sekian~ Selamat mencuba! Terima kasih kerana membaca. Assalamualikum 😀
Jalan-Jalan Msia

Snowalk @ i-City Shah Alam (2016)

Pengalaman Bermain Salji di Malaysia !!

Ramai yang tahu i City Shah Alam adalah salah satu tarikan pelancongan di Selangor. Namun ramai yang hanya tahu i city sebagai satu tempat lampu berwarna-warni yang berirama dan cantik untuk dikunjungi diwaktu malam. Sebenarnya terdapat berbagai tarikan lain yang ada disini. Tapi kalini aku nak cerita tentang Snowalk sahaja sbb yang tu je yang sempat aku teroka. Masa pergi ni dulu tahun 2016, (maaf baru update dekat blog sbb dulu-dulu tak reti nak blogging lagi hehe). Sekarang mungkin dah ada perubahan sikit dari segi aktiviti, harga dan lain-lain. Antara attraction yang ada dalam I-City ni adalah 5D Cinema, Snowalk, House of Horror, Trick Art Mueseum, Red Carpet, Fitness Junior, Itsy Bitsy, City of Digital Lights, Waterworld & Space Mission.

attractions-cv2
Antara yang menarik di i-city
i-city-night-tour_4
Yang lampu-lampu ni kat luar je. Setiap permainan ada harga dia. Kalau just nak ambil gambar dekat lampu-lampu ni tak payah bayar. Tiket masuk ke bahagian lampu-lampu ni kalau tak silap RM8 je.

IMG_2902

Snowalk ialah kawasan rumah salji. Disebabkan di Malaysia ni tiada musim salji, korang boleh ke sini untuk merasa bagaimana suasana musim salji di negara barat. Berada dalam rumah salji ini memang sejuk. Suhunya kurang dari 5 darjah celcius. Ia dibuka dari pukul 10am hingga 1am. Baju sejuk tak payah bawa tau, kat dalam snowalk diorang bagi baju sejuk ada size. Cuma kasut boot dan sarung tangan je tak sediakan, korang boleh beli dekat kaunter no hal, tak mahal mana pun sewa. Stoking pun diorang jual dalam pakej sewa boot. Nak tinggalkan kasut sewa lah loker, murah juga.

Harga tiket siang (sebelum 6pm):

                                                                    Dewasa : RM25                                                                     Kanak-kanak : RM20

Harga tiket malam (selepas 6pm):

                                                             Dewasa : RM35                                                                   Kanak-kanak : RM30

IMG_2904

Apa yang boleh aku cakap dekat sini ialah “MEMANG SEJUK GILA” macam dekat oversea (kot) hahaha. Aku sendiri tak tahan masuk dalam ni. Muka pun naik cekang terus. Haish
So round dalam ni pun dah puas. Haa actually yang mana tak tahan sejuk tu, boleh keluar sekejap lepas tu boleh masuk semula tau? Best kan? Korang duduk la dalam ni main ais sampai lebam hahaha aku cuma satu round ja dalam ni. Malas nak masuk lama lama. Haha 😀
IMG_2906
Muka tahan sejuk 😛

Dalam Snowalk ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat selain bergambar. Ada gelongsor ais, ada skate (utk kanak-kanak), ada jugak dia siapkan padang bola ais utk korang main bola dalam tu haha.

download
Waktu operasi mengikut zon di i-City

i-City Leisure Sdn Bhd
D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, CityPark, i-City, 
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Theme Park Contact: +603 5521 8800
Email: fabian.khaw@i-city.my

Theme Park Operation Hours
Open Daily: 11:00am till 12:00am

Jalan-Jalan Msia

KL Bird Park

World’s  Largest Free-Flight Walk-in Aviary

Assalamualaikum. Dah agak lama aku tak update blog, sibuk sikit. So, harini aku nak share review pasal aku pergi KL Bird Park ni. Actually dah lama pergi, baru sempat tulis.
IMG_8203
Kalau korang yang stay kat KL ni tengah blur mana nak pergi cuti-cuti sekolah ni dengan anak-anak, meh aku bagi suggestion. Sila lah bawak ke KL Bird Park je, dah lah kat KL je, tak yah nak pegi jauh-jauh hahaha.
Kalau nak tau berapa Admission Rate for My Kad Holder:
Adult : RM25 (Normal rate : RM48)
Child : RM12 (Normal rate : RM38)
IMG_8163
Sangkar burung selalunya kecil tetapi KL Bird Park sangat berbeza. Kita boleh berjalan, berfoto dan memegang mana-mana beburung yang jinak. Paling seronok sewaktu feeding, “makan time” akan dipenuhi dengan burung yang jinak. Jinak jinak pun kalau terbongkok mengendap dekat sangat dia patuk juga. terperanjat aku haishhh.
IMG_8170
The world’s largest free-flight aviary ini dibahagikan kepada empat zon. Paling kurang peruntukkan dua jam untuk mengeksplorasi keseluruhan kawasan ini tapi sebenarnya kalau datang dengan tujuan bersantai sambil mengambil gambar dua jam takkan cukup.
IMG_8143
Kalau dah datang sini… tak sah kalau tak bergambar dengan burung-burung dekat zone bergambar tu.  Ya Allah!!!! Jangan kata budak-budak…. aku sendiri yang terlebih excited… berapa kena bayar pun aku sanggup.  Ingat nak ambil gambar pakai camera sendiri tu RM10 sorang… tapi budak yang jaga tu tengok kami ramai.. so dia suggest ambil gambar yang siap frame KL Bird Park tu jer dengan harga RM35 then still boleh ambil gambar lagi pakai camera sendiri.  Haishhh… sakanlah aku.  Heheheheh….. At last…. dapat juga bergambar dengan burung-burung idaman kalbu.
IMG_8151
Aktiviti Harian Di KL Bird Park
Rancang waktublawatan anda supaya tidak terlepas aktiviti-aktiviti menarik yang telah diaturkan di sini:

Zone 1
Time : 10.30am
Location : Next to Brahminy Land
Activity : Free Fying Bird Feeding

Time : 2.30pm
Location : Brahminy Land
Activity : Eagle Feeding

Zone 3
Time : 11.30am
Location : Hornbill Park
Activity : Hornbill Feeding

Zone 4
Time : 9.30am / 5.30pm
Location : Photo Booth
Activity : Bird Photography

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : Flightless Birds
Activity : Ostrich Feeding

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : World of Parrots
Activity : Lory Feeding

Time : 12.30pm / 3.30pm
Location : Amphitheatre
Activity : Bird Show

Time : 4.00pm
Location : Waterfall Aviary
Activity : Miky Stork Feeding

IMG_8206

Alamat: Kuala Lumpur Bird Park
920 Jalan Cenderawasih
Taman Tasik Perdana 50480
Kuala Lumpur MALAYSIA

Waktu operasi : SETIAP HARI (9:00AM – 6:00PM)

General enquiries
Tel : 03 – 2272 1010
Fax : 03 – 2273 5428
Email : info@klbirdpark.com

Jalan-Jalan Msia

Cameron Highlands (2016) – Part 4

KEA FARM (ROSE CENTRE), BIG RED STRAWBERRY & CAMERON VALLEY TEA FARM

Okayy dah sampai masa untuk part last trip ke Cameron Highlands 2016. Panjang jugak entry ni sampai 4 part HAHA (Thanks yg sudi baca sampai habis). Memang panjang sikit sbb masa pergi kalini, aku banyak pergi tempat menarik kat sana. Tak macam yang tahun 2015 tu sebab masa tu kalut nak pergi tempat lain pulak. Lagipun, kalini pergi dengan kakak aku, dia jenis suka try banyak benda so aku follow jelah. ( tak follow nanti bising pulak HAHAHA 😛 )

IMG-20160721-WA0020
Dah nama pun Rose Centre , mestilah ada rose je HAHAHA.

Suasana sekitar Rose Centre. Credit picture from http://www.cameronhighland.net/rose-center.htm 

Nak masuk kena bayar ofkos. Takde mende free sekarang hahaha.

RM 5 for adults and RM 2 for kids. Dalam tu ada Rose Museum, Souvenir Shop, Vegetables, Fruits, Flowers & Strawberry shop. Open: 8.00a.m. – 6.00p.m.

Next, kami pergi ke Big Red Strawberry Farm.

IMG-20160722-WA0029
Our favouriteeeee strawberyyyy. Yummehhh

Big Red Strawberry Farm, Brinchang, 39000 Berinchang, Pahang, Malaysia. Buka setiap hari dari jam 8:30pg – 6ptg. Masuk percuma.

Nak self-pluck strawberry kena bayar RM25 satu bakul. Satu bakul boleh guna utk 2 orang masuk shj. Kalau kau datang 4 orang means kena sewa dua bakul (mcm dalam gambar tu). Tp kena bg deposit RM50, lepas kau dah siap petik dia akan timbang dan bagi balik deposit kau. Obviously memang mahal kalau nak banding dengan harga strawberry yang jual dekat pasar malam sana tapi best kot dapat petik sendiri.

IMG-20160722-WA0032
Us n Strawbery 🙂

Last but not least, kami pergi ke Cameron Valley Tea Farm. Sebab tempat wajib datang, so singgah jap la. Lebih kepada utk ambik gambar je sebenarnya sbb yela view situ memang sangat2 lawa. Ada 2 kedai/kafe Cameron Valley yang boleh korang lawat, dan dua-dua tidak jauh di antara satu sama lain. Kedua-duanya ada kafe terbuka dengan pemandangan ladang teh. Tapi cuma ada satu kafe sahaja yang memberi anda akses untuk turun ke ladang teh. Dulu masuk ladang teh ni free, sekarang kena bayar dah.

Tiket : RM2

Alamat : Bharat Tea Plantations Sdn. Bhd. Tanah Rata,

Cameron Highlands, Pahang Malaysia

IMG-20160721-WA0029
The View is soooo refreshing.
IMG-20160721-WA0037
Ni pun dekat Cameron Valley. Kena gigih sikit nak ambil gambar kat sini sbb kena panjat-panjat. But Worth it.

Sekian. Semoga sedikit sebanyak membantu korang yang nak holiday ke CH ni 😀

Jalan-Jalan Msia

Cameron Highlands (2016) – Part 3

SMURF INN HOMESTAY REVIEW

HOMESTAY. Biasa kalau aku pergi jalan-jalan aku prefer hotel yang murah-murah je sbb bagi aku, hotel atau homestay tu tempat nak balik tido je. Lagipun, pergi untuk jalan-jalan bukan nak tido, so aku rasa better habiskan duit untuk shopping daripada bayar hotel memahal (ni pendapat aku je). Tapi kalini sbb aku & kakak aku on honeymoon mood so kami sewa dekat Smurf Inn Homestay.

IMG_1593
Tempat ni memang lawa gilaaa. Love love love.
P_20161209_202900
Rate harga tp untuk normal date shj (not including public holiday). Kalau musim cuti mahal la sikit. Harga termasuk FREE BREAKFAST.
IMG_2995
Enjoying our free breakfast 🙂
IMG-20160722-WA0004
Saiz bilik biasa-biasa je dan agak sempit sebenarnya tp okayy lah utk 2 orang. (Deco ni husband buat surprise utk wedding anniversary kitorang hehe)

Diorang ada jugak provide banglo utk yang nak stay ramai. Environment dia pun lawa sangat cuma customer service agak bad. Korang boleh Google sendiri gambar-gambar sekitar dia baru tahu lawa ke tak. Untuk yang nak pergi, ni contact details:

Alamat : No 8 , Smurf Inn, Jalan Pekeliling Padang golf, Tanah Rata 39000

No Telefon : Highlights info row image 05-491 1880
Jalan-Jalan Msia

Cameron Highlands (2016) – Part 2

ADVENTUROUS ATV & 4X4 SAFARI RIDE @ CAMERON VALLEY

IMG-20160722-WA0037
Yang kami naik ni, ATV Extreme. Boleh naik dua orang, sorang rider sorang penumpang. And of course lah hubby yang drive.

4×4 Safari & ATV yang terdapat di Cameron Valley, Cameron Highlands ni merupakan satu tarikan baru kat sini. Perkhidmatan ni disediakan oleh Cameron Adventurous. Ada 3 pilihan rekreasi yang boleh korang try:

  1. Menaiki kenderaan 4×4 Safari, merentasi kawasan ladang teh yang luas di Cameronian Tea.
  2. Sewaan ATV Safari tunggang sendiri untuk jelajah kawasan ladang teh Cameronian Tea.
  3. ATV Extreme tunggang sendiri tetapi di laluan yang lebih mencabar di kawasan ladang teh Cameronian Tea.
IMG_1596
Dah sampai atas, view memang lawa gilaaa. Sooo in love 😀

IMG-20160722-WA0042

IMG-20160722-WA0040
Sebelum start ride, the person in charge akan bagi taklimat dan guide. Wajib lah pakai topi keselamatan HEHE.

 Bagi yang nak cuba, aku sarankan pergi awal dan pakai pakaian yang sesuai siap-siap. Jangan la pulak pakai skirt kembang2, pakai kasut yang sesuai. Jangan takut, sebab nanti akan ada tour guide, so kita just follow dia je. Untuk naik ATV, WAJIB umur 16 tahun keatas shj! Kalau yang datang dengan anak-anak, boleh naik 4×4 Safari Ride. Actually, tak boleh naik dua orang, tapi sebab kami kecik2, so dibolehkan HEHEHE 😛

HARGA :

4×4 safari  RM10/pax
Atv safari RM50/pax
Extreme AtV RM65/pax
Location:  Cameron Valley, Kuala Terla

Opening Hours: Daily 9am – 6pm

Address: Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.

Tel: +6013-5342002

Website: www.cameronadventurous.com
Email: enquiry@cameronadventurous.com

Jalan-Jalan Msia

Cameron Highlands (2016) – Part 1

CAMERON LAVENDER / TAMAN LAVENDER CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum. Lama dah tak update blog, busy siapkan assignment last minit keh3 (biasa la student life). Ok, entry kalini aku cerita pasal trip kedua ke Cameron Highlands. Kalini, aku pergi double honeymoon trip, aku pergi dengan kakak dan abang ipar, sbb teman diorang honeymoon so kami tumpang sekaki haha 😛

IMG_1600
With them 🙂

Trip kalini, lebih  banyak tempat yang kami singgah kalau nak banding dengan first trip aku dulu. First, kami singgah dekat Cameron Lavender Farm. Walaupun kawasan taman ni taklah besar  mana kalau nak dibandingkan dengan tarikan lain di Cameron Highland, tetapi bagi aku agak berbaloi untuk mereka yang suka bergambar. Selain daripada melihat bunga korang juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender (tapi aku tak sempat try).

Namun begitu, tidak seperti namanya, taman ini bukan sahaja mempunyai lavender, tetapi juga pelbagai spesies bunga lain dan buah strawberri. Yang palin penting, banyak spot2 lawa utk ambil gambar.

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am) | Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.

IMG_1589IMG_1599IMG-20160721-WA0015

IMG_1590

Secara keseluruhan, tempat ini menarik untuk dilawati. Tetapi untuk repeat, rasanya tak kot. Sebab aku pun pergi sekali je sini walaupun banyak kali datang Cameron ni. Mungkin sebab masih baru, jadi tarikan yang ditawarkan agak biasa-biasa. Kalau yang gemar bergambar, mungkin suka. Tetapi secara amnya, bagi pendapat aku, tidak setara dengan harga tiket yang dibayar. Sebab kami pergi 4 orang so total tiket saje dah RM32. Kalau yang datang bawak anak ramai-ramai tu lagi lah kan, huhu. Tapi untuk pengalaman, berbaloi laa.

Sekiann ~~ 😀

Jalan-Jalan Msia

Cameron Highlands (2015)

MY FIRST HONEYMOON

Cameron Highlands ni memang favourite spot aku. Entahlah, semacam kena pukau dengan environment dia. Cameron Highlands jadi tempat pilihan aku untuk first honeymoon. Bajet aku untuk pergi honeymoon ni tak banyak pun. Aku dgn husband spent RM600 je untuk 3 negeri (Cameron Highlands, Negeri Sembilan & Kuala Lumpur) masa first honeymoon tu. Tp dalam entry ni aku cerita pasal Cameron Highlands dulu okey? 2 negeri lagi nanti aku update balik.

(Please excuse all the ‘poyo’ selfie of us. Masa tu tahun 2015 kottt HAHAHAHA:D )

IMG20150812163604
Tempat wajib pergi kat Cameron Highlands. Signature place.

Dekat Cameron Highlands ni banyak ladang strawberry yang ada. Tinggal pilih je nak pergi yang mana. Beza nya cuma, saiz ladang (ada yang luas dan ada yang kecil sikit). Masa ni kitorang pergi yang kecil je sebab tak tahu sangat, dan tak Google sebelum pergi. Nak masuk ladang untuk self-plucking kena bayar (tapi dah lupa sbb dah 2 tahun berlalu kihkih) Lepas kutip tu, kena timbang lah strawberry tu, berapa kilogram yang kau petik. Harga dekat ladang mmg lagi mahal berbanding beli dekat pasar malam/ pasar borong. Tapi experience tu yang penting kan 🙂

IMG20150812173104
Cameron Valley Tea Farm.

Sama jugak mcm ladang strawberry, ladang teh dekat Cameron pun ada banyak jugak. Boleh pilih nak pergi mana. Nak masuk ladang teh ni kena bayar RM3/person. Yang aku pergi ni dekat Cameron Valley Tea Farm, betul-betul tepi jalan so senang cari. Satu lagi ladang teh yang famous is, Tea Estate Boh dekat Sungei Palas (aku pergi masa second and third honeymoon, nanti aku tulis dekat entry yg lain)

Lepak dekat cafe ladang teh ni.

Tiket : RM2

Alamat : Bharat Tea Plantations Sdn. Bhd. Tanah Rata, Cameron Highlands

Next, kami pergi shopping-shopping sikit. Masa ni pagi, so tak sempat pergi pasar malam sbb kami rushing nak pergi Port Dickson pulak. Singgah dekat kedai2 tepi jalan ni je. Area Brinchang.

IMG20150813104033
 The rose is a flower of love.

Rose ni beli sbb saja-saja dan murah, RM1 je sekuntum. Beli dekat pasar dia, aku lupa dah apa nama area situ. Semua bunga fresh, kena pandai pilih harga ya sebab mcm-mcm harga ada. Ada yang jual sampai RM5 sekuntum. Pandai-pandai lah survey. Actually dekat pasar tu banyak lagi yang ada jual, strawberry of course, sayur-sayuran, dll. Next entry aku cerita detail sikit pasal pasar dia OK.

IMG_000008
Macam-macam saiz dan colour of roses ada jual.
c424a349a2c3449148ba2c693dc6e951
Heaven Hill Hotel, Tanah Rata.

Hotel yang kami stay ni hotel bajet je, tapi luas dan lawa, siap ada balcony lagi. Rate harga semalam hanya RM60. Kebetulan masa tu bukan musim cuti sekolah dan bukan weekend. Harga asal dia letak RM78, tapi kawtim dapat RM60 ja hehe. Kalau musim cuti harga hotel mmg mahal. Hotel sini mostly tak ada aircond sbb memang dah sejuk. Dalam bilik ada katil queen, tv,water heater, and balcony. Memang berbaloi bagi aku.

Lokas: HEAVEN HILL HOTEL
No 76 C Persiaran Camellia 3, Tanah Rata 39000
Highlights info row image 019-565 0505

 

Sekian je utk kalini. Next aku cerita lagi pasal Cameron Highlands ni. Sbb banyak lagi yg aku tak tulis secara detail.