Resepi Masak-Masak

Kerang Air Asam Ala Thai

Resepi Kerang Somtam Sedap dan Ringkas !

Assalamualaikum semua. Salam Ramadhan ~ Harini aku nak share satu resepi yang aku dapat dari facebook (maaf tak dapat nak credit owner resepi sbb dah lupa). Resepi ni aku olah sikit ikut tekak sendiri. Nahhh nampak meleleh kan?? Jom kita start. Sesuai untuk juadah berbuka puasa nanti.

IMG_1760

 

Cara-caranya:

IMG_1751(1)

  1. Kerang rebus dulu dengan serai, bawang putih dan garam sikit. Air rebus kerang paras kerang je taw takyah banyak-banyak.

 

IMG_1783

2. Tumbuk 4-5 ulas bawang putih bersama 2-3 biji cili padi.

3. Masukkan 2 sb sos ikan. Gual rata.

4. Masukkan 2 sb thai palm sugar @ gula kabong. Gaul lagi sampai gula kabong cair dan sebati.

5. Masukkan hirisan daun ketumbar, sebiji tomato dan bawang merah hiris halus. Perahkan limau nipis 1-2 biji dan gaul rata. Masukkan 2 sudu besar air rebusan kerang juga ye. (takde dalam gambar)

IMG_1758(1)
Ni rupa kuah air asam saja. 

6. Last sekali gaulkan dgn kerang yang dah dikopek.

7. Hidangkan dgn hirisan daun ketumbar.

 

Sumpah sedap! My favourite ni tiap kali puasa. Selamat mencuba~

Resepi Masak-Masak

Spicy & Creamy Buttermilk Chicken

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN YANG TAK MUAK & SEDAP !

Assalamualaikum readers. So, firstly i would like to say thank you for all my readers! Finally, i’ve reached 10k readers after 5 months of blogging! xoxo, much love 😀

Untuk merayakan ni, harini aku nak share resepi buttermilk chicken versi olahan aku sendiri. Buttermilk chicken ni banyak versi, so ni kira versi melayu sikit sbb ada pedas-pedas dan sangat sedap (hehe puji diri sendiri) Resepi ni aku dah share dekat highlight Instagram tapi ramai DM mintak share dekat blog, jadi aku rajinkan diri tulis blog.

So, nilah rupa menu tu! Belanja gambar sikit sebelum bagi resepi biar korang rajin nak masak. Ni MUST TRY menu tawwww.

IMG_1222 (Edited)
Terliur takkkkk ???

Resepi & Step-by-step kat bawah ni :

IMG_1233
Step pertama , sediakan ayam.
  1. Ayam : aku pakai bahagan dada ayam yg banyak isi tu. Potong kecil-kecil so that cepat masak. Suggestion aku , kalau nak pakai chicken wings pun sedak jugak dan cepat masak sbb kecil. Ayam perap 5-10 minit dengan 4 bahan (garam, black pepper, lada sulah & serbuk cili). Bahan agak-agak je eh. Tak sukat sorry.
  2. Bahan celup ayam. Ada 2 pilihan, sama ada nak pakai tepung instant atau buat sendiri. Aku buat sendiri je sebab semua bahan ada kat rumah. (2 sudu besar tepung gandum + 2 sudu besar tepung jagung + 1 sudu kecil garam halus + 1/2 sudu kecil lada hitam kasar)
  3. Ayam yg diperap tadi, celup dalam bancuhan tepung dan terus goreng, api besar sampai garing / golden brown. Takyah celup telur dulu takpe. 🙂 Dah garing, angkat dan toskan minyak.
IMG_1234
Penyediaan kuah.
  1. Cairkan 2 sudu besar butter (aku pakai Planta je).
  2. Tumiskan 3 bahan ( 2 biji cili padi , 3 ulas bawang putih cincang, 2 tangkai daun kari) sampai naik bau dan garing.
  3. Masukkan 1/2 tin susu cair atau susu segar. (Ni utk makan 2-3 orang. Kalau nak masak untuk ramai lebihkan bahan2 lain ye)

 

IMG_1235
Last step!
  1. Bila kuah dah menggelegak, masukkan satu slice cheddar cheese. OPTIONAL tapi menjamin kesedapan buttermilk chicken ni nanti.
  2. Add 1 sudu kecil chilli flakes utk tambah ‘kick’ pedas. Biasalah tekak melayu kan hehe 😛
  3. Perasakan dgn garam, lada hitam kasar & gula dalam kuah.
  4. Masukkan ayam tadi. Gaul rata & bukak api kuat-kuat sampai menggelegak dan jadi pekat.
  5. Tak payah tambah air takpe, tapi kalau suka kuah cair-cair sikit tambah la air. Kalau rasa kuah tak cukup pekat boleh tambah bancuhan tepung jagung tapi aku tak letak pun sbb kuah dah memang pekat.

Dah siap. Hidangkan dan makan dgn nasi panas fuhhh ~~ Selamat Mencuba 😀

Resepi Masak-Masak

Chicken Wrap Ala KFC

Resepi Chicken Wrap Senang & Sedap!

Assalamualaikum. Harini aku nak share satu resepi yang boleh buat bekal dekat diri sendiri mahupun family. Senang je sampai budak darjah 1 pun boleh buat (haha over), kenyang pun kenyang. Kalau beli dekat KFC RM7 satu taw. Buat sendiri lagi jimat lepastu boleh makan banyak-banyak. Rasa dia pun sama je dengan yang beli. Nahh, ni resepi Chicken wrap ala2 kepchii 😘. Boleh cuba. Jimat buat sendiri sebab lagi puas hati kita nak letak isi dalam tu banyak2 hihi. Anak2 mesti suka 👏👏
.
Bahan2

1. Roti tortilla (mission wrap)
2. Isi ayam (dada) (potong kecik)
3. Salad
4. Tomato
5. Lobak (hiris halus2)
6. Timun (hiris halus2)
7. Keju
8. Mayonis
9. Sos thousand island.

Cara nye mudah saja😋
.
Roti mission Wrap dibakar dlm oven 2-3 minit atau boleh guna kuali non-stick. Ayam goreng tepung, aku guna tepung instant jenama Bestari perisa Pedas, sebijik macam rasa ayam KFC weh! Serius tak tipu.

Ok lepas sapu rata mayonis kat atas roti wrap dan letak bahan2 tadi ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island, then gulung roti dan siappp.

Heee. Selamat Mencuba . Rugi tak try!😘

Resepi Masak-Masak

Popia Ayam Cendawan Cheese

RESEPI SEDAP POPIA AYAM CENDAWAN CHEESE

Alhamdulillah, harini baru ada kelapangan nak tulis blog. Rasanya dah berapa minggu tak tulis blog, fuhh busy sangat. Jadi harini aku nak share resepi lagi. Actually dah lama nak share resepi power ni, tapi tulah asyik tak ingat. Resepi ni aku dapat daripada facebook, sekali try pastu terpikat. Sedap yakmat! Boleh buat banyak2, lepastu frozenkan. Bila-bila nak makan goreng je. So, let’s check it out!

Resepi Popia Ayam Cendawan Cheese🍄🍗

IMG_9554
Bahan-bahan utama
1. 10 batang sosej dipotong-potong kecil
2. 400 g ayam cincang (jenama Ramli pun sedap). Kalau nak pakai daging segar, ambil bahagian dada potong kecik2 – takde dalam gambar
3. 1 tin cendawan butang dipotong nipis
4. 1 batang carot dipotong memanjang nipis2
5. 1 biji bawang besar dipotong dadu
6. 5 ulas bawang putih dicincang halus
7. 1 tin cream of chicken @ cream of mushrooms
8. Kulit popia
9. Lada sulah & black pepper
10. Lada benggala (optional)
11. Cheese slice – terpulang nak banyak mana

Cara-cara membuat :

IMG_9640

1. Tumis bawang dulu kasi layu sikit, kemudian masukkan ayam hancur @ daging ayam dipotong kecik2 dan kacau sehingga ayam masak sepenuhnya
2. Masukkan sosej dan mushroom. kacau rata.
3. Masukkan carrot dan lada benggala lepastu kacau lagi.
IMG_9641
4. Lepastu, masukkan cream of chicken @ cream of mushroom. Kalau rasa pekat, tambah air sedikit.
5. Perasakan dengan lada hitam, lada sula dan sedikit garam serta gula.
6. Last sekali masukkan cheese slice, kacau sampai sebati semua. Ok, inti popia sudah siap !
7. Balutkan popia dengan kemas. (Tips aku: Jangan balut ketat2 sebab nanti goreng, akan pecah dan meletup-letup. Balut biasa je)
8. Dah siap balut, simpan di dalam peti ais sekejap supaya creamnya agak pekat, kemudian baru digoreng.
IMG_9614
Tada, popia ayam cendawan terlajak sedap sudah siap !  Makan dengan sos pencicah memang sedap sangat! Tak ingat orang sebelah dah haha.
Selamat mencuba 🙂
Resepi Masak-Masak

Resepi Sandwich Tuna Pedas

Sandwich Tuna Pedas & Telur

Sandwich Tuna ini termasuk dalam resepi yang simple dan sudah pastinya sesuai untuk dijadikan menu sarapan pagi. Malah mudah untuk dimakan sewaktu dalam kereta jika anda nak cepat! Rasanya enak dan lazat, ditambah dengan adanya rasa pedas serta lemak-lemak giteww. Sebenarnya sandwich tuna ini menjadi bertambah lazat apabila diolah mengikuti selera korang sendiri! Untuk yang ada anak-anak mungkin korang boleh guna tuna yang tidak pedas atau asingkan bahannya.

IMG_9572
Nahh, nampak sedap kan?! Buat breakfast boleh kenyang sampai petang. Yummehhh!

Senang sahaja untuk menyediakannya, sama juga macam korang nak buat Sandwich Sardin. Bagi yang belum pernah mencuba atau menikmatinya, cubalah Resepi Sandwich Tuna ni. Walaupun cara membuatnya sangat ‘simple’ dan tak makan masa berjam-jam, namun rasanya cukup enak. Ok, selamat mencuba dan menjamu selera.

BAHAN-BAHANNYA:
Roti buku (Gardenia)
Tuna Pedas (Ayam Brand)
Margerin/butter (Planta)
Tomato & Timun (dicincang cube)
Salad / lettuce iceberg
Telur (direbus)
Jus lemon (suku buah)
Mayonnaise (Kimball)
Sos Thousand Island (Tesco)
Sedikit serbuk lada hitam

IMG_9563

IMG_9565

CARA-CARA MEBUATNYA:

  1. Telur rebus dilenyek hingga separa hancur, kemudian masukkan tuna pedas tadi. Yang mi aku tak tapis minyak tuna tu sebab brand ni tak berminyak sangat, boleh pakai terus. (Tips aku: jangan lenyek telur hancur sangat nanti jadi muak dan cair)
  2. Masukkan satu sudu makan mayonnaise dan 2 sudu makan sos thousand island dan sedikit lada sulah. Gaul rata.
  3. Masukkan tomato & timun yang dipotong dadu. (Tips aku : Tomato & timun pastikan buang biji ye utk tahan lama, kalau tak cepat basi)
  4. Perahkan jus lemon utk kurangkan bau hanyir tuna. (Tips aku: kalau suka pedas boleh tambah cili padi tp aku tak tambah sebab dah beli tuna yang pedas. Kalau beli tuna plain mungkin boleh tambah cili potong)
  5. Letak butter pada roti dan lapiskan dengan salad.
  6. Letakkan tuna filling tadi pada roti dan tekan sikit supaya isi padat.
  7. Boleh potong tepi roti kalau aku. Aku tak potong sebab taknak membazir hehe.
  8. Potong sandwich kepada 2 atau 4 bahagian ikut suka. Siap!
IMG_9626
Step by step 🙂

Pesanan : Salad (beli salad yang jenis daun dia kerinting halus tu, ko jangan gatal beli salad buat nasik ayam okeh tak sama) hahaha. Nak makan ngan cili sos pon boleh. Huband aku makan dengan sos lagi sedap katanya, tp pada aku mcm tu pun dah sedap. Filling tuna yang lebih boleh simpan dalam peti ais (tahan 2-3 hari).

~SELAMAT MENCUBA~

Resepi Masak-Masak

Resepi Ketupat Sotong Kelantan

Cara Masak Ketupat Sotong Kelantan Style

Sape pernah makan ketupat sotong? Walaupun nama agak pelik bagi orang luar tapi bagi orang Pantai Timur memang tak asing lagi. Ada dua jenis, satu Kelantan style satu Terengganu style. Beza dari segi bahan dan rasa sikit tapi luaran nampak sama je. Rasa ketupat sotong ni agak manis , biasalah orang Kelantan ni suka manis-manis. Sebab tu kami ‘manis’ ecewahhh 😛

IMG_9547
Ni haa rupa ketupat sotong tu.

Meh kita lihat bahan-bahannya dan cara-cara nak masak ketupat sotoong ni. Resepi ni sangat ringkas bagi aku. Tak leceh.

Bahan- bahan yang diperlukan:

IMG_1117

♥ 10-20 ekor sotong yg agak besar (bila masak nanti dia kecut so lebih baik pakai yang besar, puas makan)
♥ 1 cawan beras pulut
♥ 2 cawan santan sederhana pekat / 1 kotak kecil santan KARA
♥ 2-3 keping gula melaka (dicincang kasar)
♥ sedikit garam
♥ gula putih secukupnya (anggaran 3-4 sudu makan)
♥ 2-3 helai daun pandan
♥ lidi (untuk cantum sotong dgn kepalanya)

Cara-caranya:

– Bersihkan beras pulut dan rendam selama 30-45 minit dengan sedikit santan cair.
– Bersihkan sotong dengan mengasingkan kepalanya.
– Kemudian isikan beras pulut tadi ke dalam badan sotong 1/3 penuh. Tutupkan semula badan sotong dengan kepala sotong dan cucuk lidi diantara badan dan kepala supaya tidak tercabut. (tips aku: jangan sumbat penuh beras pulut tu nanti sotong pecah / beras pulut tak masak sepenuhnya)
– Susun sotong yang telah disiap kedalam periuk beserta daun pandan (tips aku: letakkan daun pandan sebagai alas periuk bagi mengelakkan periuk berkerak)
– Setelah itu barulah dimasukkan santan dan gula melaka serta secubit garam sebagai pelengkap rasa manis dan lemak.
-Didihkan dengan api perlahan sehingga pulut didalam sotong itu masak (anggaran 30-40 minit) sentiasa check ye kang hangit pulak!
-Sedia untuk dihidangkan.

(p/s: kalau ada lebihan beras pulut tu, masak je sekali dalam periuk dan masak bersama sotong tu sekali. Sedap jugak makan pulut tu dengan kuah ketupat sotong ni nanti)

IMG_1119
Yang ni aku siap pack bekas kecil nak bagi kat kengkawan kolej.

Selamat mencuba semua! Jangan lupa try buat taw. Confirm suami korang jatuh hati dengan kesedapan ketupat sotong ni. Kalau nak pikat bakal mak mertua pun boleh 😛

Resepi Masak-Masak

Resepi Fish n Chip

Assalamulaikum. Haiii haii. So, haritu viral lah tentang menu terbaru McDonalds, McD Fish n Fries. Basically, tu fish n chip walaupun nama dia lain sikit HAHA. Punya la excited aku, sbb terliur sgt tengoknya (biasalah marketing McD memang gempak). Google punya google rupanya menu tu hanya ada kat certain outlets area KL shj, that is Jusco Balakong, TTDI, Centrepoint Bandar Utama & Mid Valley. (Aku stay Penang, dan takde hampeh tol haha). Punya la kempunan kan, so aku pun buat lah sendiri alah2 McD punya tu. Nah aku share resepi.

IMG_7713
Bahan-bahan utama.

Ni bahan-bahan nak buatnya, simple je. Tapi konfem jadi hehe:

  • Fish cutlets RM12.30 (ada 6 pcs) boleh makan 3 orang. Korang boleh jugak beli yg jenis tempura cutlets, lagi sedap. Yang aku beli ni jenis breadcrumb. Boleh beli dekat mana-mana pasaraya.
  • Fries RM4.90  (utk 1kg) boleh makan berulang kali. Untuk buat fish n chip ni pakai sikit jaa. Tak habis boleh goreng balik esok lusa hahaha. 😀
  • Mayonnaise RM3.20
  • Lemon RM1.20 (nak pakai sikit je). Please ! Jangan guna limau nipis, tak sama rasa dia hokkeyyy !
  • Sos Thousand Island (takde dlm gambar) sbb tak wajib, optional je.

Cara buat sos nya. Mayonnaise tu 2 sudu makan, campur lemon sehiris (pandai2 la rasa jangan masam sgt, pastu campur sos thousand island tu 1 sudu makan. Kacau-kacau siap! Fish cutlet dgn fries tu goreng je. Takkan tu pun nak ajar 😛

 

IMG_7719 (Edited)
Hidang lah cemana pun. Asal nampak menyelerakan!

Okay done! Tu jela. Sangat simple tapi sedap, sos tu sebijik mcm Manhattan punya dowry sos (husband aku laaa cakap). Bebudak hostel pun boleh buat sbb aku tahu korang seludup rice cooker dalam dorm kan? 😛

Buatlah, makan reramai senang je, tak payah rempah, tak payah tumis, tak payah bebawang. Goreng je semua pastuh kacau-kacau sos. Tapi makan ala2 western gituuu 😀 Kalau korang google McD punya fish n fries lebih kurang gini jela rupanya. Beza nya yg ni jimat n murah lagi hehe. Alaa McD tu pun pakai fish cutlet yg frozen jugak!