Food Hunting, Jalan-Jalan Msia

7 Makanan Unik Di Cameron Highlands

WAJIB cuba jika korang datang ke Cameron Highlands sebab takkan dapat kat tempat lain! MENU WAJIB CUBA !

  1. NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERRY

Restoran Taman Abang : Steamboat & Grill Buffet
– Alamat : 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata.
(Tanahrata, Belakang Terminal Freesia, sebelah Cool Point Hotel)
– Peta Lokasi : PETA Restoran Taman Abang

1

 

2. TEH SEGAR & KEK 

Ada 2 kebun teh Boh yang terdapat di sini iaitu Boh Tea Center Ringlet (Habu) dan Boh Tea Center Sungai Palas. Kedua-duanya menawarkan aktiviti yang hampir sama iaitu lawatan ke kilang teh, di mana anda boleh mempelajari proses pembuatan teh serta pelbagai informasi yang berkaitan. Jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai pilihan teh panas bersama kek atau pastri. Memang ummmpph Apapun, datanglah awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Pemandangan pun sejuk dan segar di awal pagi. Tempat ini ditutup awal, iaitu sekitar jam 4.30 petang.
IMG_3968
7
Makan sambil menikmati pemandangan indah ni memang layan!

3. AISKRIM LAVENDER

Lavender Ice Cream merupakan salah satu tarikan di Taman Lavender (boleh waze location). Ramai juga yang beratur semata-mata nak beli aiskrim ni. Harga bagi satu aiskrim ni bukan seringgit dua okay! Kalau tak silap aku dalam RM7 juga satu aiskrim. Kalau korang teringin sangat nak rasa, belilah. Bagi aku rasa aiskrim dia biasa sahaja. Sama sahaja rasa macam aiskrim biasa tu. Cuma this one rasa sabun la sebab buat daripada bunga lavender kan? Boleh tahan pekat juga rasa lavender ni.

2

4. AISKRIM STRAWBERRY 
Aiskrim ni personal favourite aku lah! lagi-lagi yang aiskrim malaysia tu sedap yakmat! Lokasi jual dekat mana-mana pun ada. Pasar malam, kedai runcit, ladang strawberry, kedai runcit semua ada!
3
12
5. FRESH STRAWBERRY CICAH COKLAT
Datang Cameron wajib lah makan strawberry dia sepuas-puasnya. Memang fresh, manis, sedap, murah!! Kalau beli dekat pasar malam lagi murah lagi-lagi kalau beli banyak. Boleh tawar-menawar harga. Lepastu cicah pulak dengan sos coklat, yam ampunnn sedap meleh-leleh!
5
4
6. AVANT CHOCOLATE
Bagi penggemar coklat, memang tak sahlah kalau tak singgah di Avant Chocolate. Mesti rambang mata menengok macam-macam jenis coklat. Dessert dan aiskrim pun ada.
Avant Chocolate ni lokasinya tak jauh dari Simpang Pulai, bersebelahan dengan Green View Garden. Senang kata, ia adalah pit stop pertama yang akan anda nampak kalau anda datang ke Cameron Highland dari arah Simpang Pulai. Harga Tiket : Percuma. Waktu Operasi : 9.00 am – 6.30 pm
8
7. MENU BERASASKAN STRAWBERRY
Yang ni dekat Big Red Strawberry Farm. Macam-macam menu strawberry ada. Boleh waze je. Lokasi ni memang hotspot, ramai pengunjung. Satu lagi cafe yang menyajikan menu macamni, dekat YZ Cafe.
Cafe YZ Farm, Taman Sedia
– Alamat : No.22, Kampung Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
– Peta Lokasi : PETA YZ Farm
Sambil melawat ladang strawberry YZ Farm, bolehlah terus la menjamu selera disini. Di kawasan Kg Melau Taman Sedia ini juga terdapat beberapa Strawberry Farm milik Bumiputera.
IMG_4017
Korang dah try semua ke?? Kalau singgah cameron wajib rasa taw semua ni. Tak lengkap kalau tak rasa. Harap entry ni membantu korang yang nak jalan-jalan kat sana. Sekian~ Selamat mencuba! Terima kasih kerana membaca. Assalamualikum 😀
Tips & Tutorial

Tips “Travel” Dengan Kucing

Cara Berkesan Bawa Kucing Berjalan Dengan Kereta

Assalamualaikum & Haiii 🙂 So harini aku nak share tips aku bawak kucing aku pergi travel mahupun balik kampung. Hahaha tajuk tak boleh blah. Tips la sangat kan. Tapi memandangkan ramai yang mintak tips macam mana aku boleh bawak kucing travel sampai ke Cameron Highlands ni haha jadi aku share ye. Sesuai lah untuk korang yang suka travel atau balik kampung tapi tak tahu nak letak anak bulus korang tu kat mana kan? Takkan nak tinggal kat rumah ye dok? Nak sewa hotel kucing pun mahal.

IMG_8315
Belly (putih) & Mayrichu (kelabu) dekat Cameron Valley !
1. Kenali kucing kita sendiri, adakah kucing mudah takut, motion sickness, tenang dan sebagainya. Ini paling penting dalam persediaan untuk membawa kucing menaiki kenderaan demi keselamatan mereka dan kita.
2. Sebelum perjalanan jauh, bawa kucing korang raptai menaiki kenderaan untuk perjalanan jarak dekat seperti pergi ke 7E berdekatan rumah. Mulakan sesi raptai ini lebih awal. Paling kurang pun 3 hari sebelum perjalanan sebenar. Paling baik, 2 minggu sebelum perjalanan sebenar. Kalau kuicng aku, dah biasa aku bawak jalan-jalan naik kereta ke tempat dekat, jadi diorang akan okay 😀
3. Paling baik, kucing diletakkan di dalam carrier sepanjang perjalanan. Sebab nanti takut mengganggu pemanduan kita nanti. Kang ada yang merayap ke dashboard la, atas riba la, dan paling bahaya dia suka duduk tempat brek. Kalau zaman kucing aku sekor dulu takpe nak lepas sbb dia sekor-sekor so tak buas sgt tapi bila dah ramai ni kena kurung lah. Kalau tak dia main kejar-kejar pulak. Plus, kalau kurung dalam carrier ni selamat sikit kusyen kereta tak kena bulus-bulus kucing.
4. Puasakan kucing dari makan dan minum 2 jam sebelum perjalanan. Sekurang-kurangnya, mereka tidak akan muntah atau membuang air dalam kereta. In case untuk berjaga-jaga, aku tetap lapik carrier kucing tu dengan plastik tebal kot-kot ada jugak yang “melepas” dalam kereta.
5. Jika mahu berhenti untuk makan, berehat atau solat sepanjang perjalanan , elakkan sama sekali meninggalkan kucing di dalam kereta apalagi dalam cuaca panas. Jika terpaksa, cari parking redup dan buka sedikit tingkap kereta. Beri kucing minum jika nampak tanda-tanda mereka kepanasan. Contohnya, terjelir-jelir dan air liur meleleh.
6. Sampai sahaja di destinasi, berikanlah kucing makanan yang mereka paling suka untuk mengurangkan rasa stres mereka.  Kucing akan rasa seperti diberi reward setelah melalui pengalaman yang mungkin pahit bagi mereka, iaitu berada di dalam kereta.
27066976_157352078381965_6665775612446805858_n
Sebelum memulakan perjalanan.

Sekian tips dari aku. Ke mana sahaja destinasi korang, aku harap korang sekeluarga tiba dengan selamat bersama bulus-bulus kesayangan. Di dalam masa yang sama, bolehlah aplikasikan beberapa tips bawa kucing naik kereta untuk perjalanan jauh seperti yang dikongsikan di atas supaya perjalanan korang lebih tenang dan lancar. BYE! 😀

Jalan-Jalan Msia

Snowalk @ i-City Shah Alam (2016)

Pengalaman Bermain Salji di Malaysia !!

Ramai yang tahu i City Shah Alam adalah salah satu tarikan pelancongan di Selangor. Namun ramai yang hanya tahu i city sebagai satu tempat lampu berwarna-warni yang berirama dan cantik untuk dikunjungi diwaktu malam. Sebenarnya terdapat berbagai tarikan lain yang ada disini. Tapi kalini aku nak cerita tentang Snowalk sahaja sbb yang tu je yang sempat aku teroka. Masa pergi ni dulu tahun 2016, (maaf baru update dekat blog sbb dulu-dulu tak reti nak blogging lagi hehe). Sekarang mungkin dah ada perubahan sikit dari segi aktiviti, harga dan lain-lain. Antara attraction yang ada dalam I-City ni adalah 5D Cinema, Snowalk, House of Horror, Trick Art Mueseum, Red Carpet, Fitness Junior, Itsy Bitsy, City of Digital Lights, Waterworld & Space Mission.

attractions-cv2
Antara yang menarik di i-city
i-city-night-tour_4
Yang lampu-lampu ni kat luar je. Setiap permainan ada harga dia. Kalau just nak ambil gambar dekat lampu-lampu ni tak payah bayar. Tiket masuk ke bahagian lampu-lampu ni kalau tak silap RM8 je.

IMG_2902

Snowalk ialah kawasan rumah salji. Disebabkan di Malaysia ni tiada musim salji, korang boleh ke sini untuk merasa bagaimana suasana musim salji di negara barat. Berada dalam rumah salji ini memang sejuk. Suhunya kurang dari 5 darjah celcius. Ia dibuka dari pukul 10am hingga 1am. Baju sejuk tak payah bawa tau, kat dalam snowalk diorang bagi baju sejuk ada size. Cuma kasut boot dan sarung tangan je tak sediakan, korang boleh beli dekat kaunter no hal, tak mahal mana pun sewa. Stoking pun diorang jual dalam pakej sewa boot. Nak tinggalkan kasut sewa lah loker, murah juga.

Harga tiket siang (sebelum 6pm):

                                                                    Dewasa : RM25                                                                     Kanak-kanak : RM20

Harga tiket malam (selepas 6pm):

                                                             Dewasa : RM35                                                                   Kanak-kanak : RM30

IMG_2904

Apa yang boleh aku cakap dekat sini ialah “MEMANG SEJUK GILA” macam dekat oversea (kot) hahaha. Aku sendiri tak tahan masuk dalam ni. Muka pun naik cekang terus. Haish
So round dalam ni pun dah puas. Haa actually yang mana tak tahan sejuk tu, boleh keluar sekejap lepas tu boleh masuk semula tau? Best kan? Korang duduk la dalam ni main ais sampai lebam hahaha aku cuma satu round ja dalam ni. Malas nak masuk lama lama. Haha 😀
IMG_2906
Muka tahan sejuk 😛

Dalam Snowalk ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat selain bergambar. Ada gelongsor ais, ada skate (utk kanak-kanak), ada jugak dia siapkan padang bola ais utk korang main bola dalam tu haha.

download
Waktu operasi mengikut zon di i-City

i-City Leisure Sdn Bhd
D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, CityPark, i-City, 
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Theme Park Contact: +603 5521 8800
Email: fabian.khaw@i-city.my

Theme Park Operation Hours
Open Daily: 11:00am till 12:00am

Jalan-Jalan Msia

KL Bird Park

World’s  Largest Free-Flight Walk-in Aviary

Assalamualaikum. Dah agak lama aku tak update blog, sibuk sikit. So, harini aku nak share review pasal aku pergi KL Bird Park ni. Actually dah lama pergi, baru sempat tulis.
IMG_8203
Kalau korang yang stay kat KL ni tengah blur mana nak pergi cuti-cuti sekolah ni dengan anak-anak, meh aku bagi suggestion. Sila lah bawak ke KL Bird Park je, dah lah kat KL je, tak yah nak pegi jauh-jauh hahaha.
Kalau nak tau berapa Admission Rate for My Kad Holder:
Adult : RM25 (Normal rate : RM48)
Child : RM12 (Normal rate : RM38)
IMG_8163
Sangkar burung selalunya kecil tetapi KL Bird Park sangat berbeza. Kita boleh berjalan, berfoto dan memegang mana-mana beburung yang jinak. Paling seronok sewaktu feeding, “makan time” akan dipenuhi dengan burung yang jinak. Jinak jinak pun kalau terbongkok mengendap dekat sangat dia patuk juga. terperanjat aku haishhh.
IMG_8170
The world’s largest free-flight aviary ini dibahagikan kepada empat zon. Paling kurang peruntukkan dua jam untuk mengeksplorasi keseluruhan kawasan ini tapi sebenarnya kalau datang dengan tujuan bersantai sambil mengambil gambar dua jam takkan cukup.
IMG_8143
Kalau dah datang sini… tak sah kalau tak bergambar dengan burung-burung dekat zone bergambar tu.  Ya Allah!!!! Jangan kata budak-budak…. aku sendiri yang terlebih excited… berapa kena bayar pun aku sanggup.  Ingat nak ambil gambar pakai camera sendiri tu RM10 sorang… tapi budak yang jaga tu tengok kami ramai.. so dia suggest ambil gambar yang siap frame KL Bird Park tu jer dengan harga RM35 then still boleh ambil gambar lagi pakai camera sendiri.  Haishhh… sakanlah aku.  Heheheheh….. At last…. dapat juga bergambar dengan burung-burung idaman kalbu.
IMG_8151
Aktiviti Harian Di KL Bird Park
Rancang waktublawatan anda supaya tidak terlepas aktiviti-aktiviti menarik yang telah diaturkan di sini:

Zone 1
Time : 10.30am
Location : Next to Brahminy Land
Activity : Free Fying Bird Feeding

Time : 2.30pm
Location : Brahminy Land
Activity : Eagle Feeding

Zone 3
Time : 11.30am
Location : Hornbill Park
Activity : Hornbill Feeding

Zone 4
Time : 9.30am / 5.30pm
Location : Photo Booth
Activity : Bird Photography

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : Flightless Birds
Activity : Ostrich Feeding

Time : 10.00am / 5.00pm
Location : World of Parrots
Activity : Lory Feeding

Time : 12.30pm / 3.30pm
Location : Amphitheatre
Activity : Bird Show

Time : 4.00pm
Location : Waterfall Aviary
Activity : Miky Stork Feeding

IMG_8206

Alamat: Kuala Lumpur Bird Park
920 Jalan Cenderawasih
Taman Tasik Perdana 50480
Kuala Lumpur MALAYSIA

Waktu operasi : SETIAP HARI (9:00AM – 6:00PM)

General enquiries
Tel : 03 – 2272 1010
Fax : 03 – 2273 5428
Email : info@klbirdpark.com