Resepi Masak-Masak

Spicy & Creamy Buttermilk Chicken

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN YANG TAK MUAK & SEDAP !

Assalamualaikum readers. So, firstly i would like to say thank you for all my readers! Finally, i’ve reached 10k readers after 5 months of blogging! xoxo, much love 😀

Untuk merayakan ni, harini aku nak share resepi buttermilk chicken versi olahan aku sendiri. Buttermilk chicken ni banyak versi, so ni kira versi melayu sikit sbb ada pedas-pedas dan sangat sedap (hehe puji diri sendiri) Resepi ni aku dah share dekat highlight Instagram tapi ramai DM mintak share dekat blog, jadi aku rajinkan diri tulis blog.

So, nilah rupa menu tu! Belanja gambar sikit sebelum bagi resepi biar korang rajin nak masak. Ni MUST TRY menu tawwww.

IMG_1222 (Edited)
Terliur takkkkk ???

Resepi & Step-by-step kat bawah ni :

IMG_1233
Step pertama , sediakan ayam.
  1. Ayam : aku pakai bahagan dada ayam yg banyak isi tu. Potong kecil-kecil so that cepat masak. Suggestion aku , kalau nak pakai chicken wings pun sedak jugak dan cepat masak sbb kecil. Ayam perap 5-10 minit dengan 4 bahan (garam, black pepper, lada sulah & serbuk cili). Bahan agak-agak je eh. Tak sukat sorry.
  2. Bahan celup ayam. Ada 2 pilihan, sama ada nak pakai tepung instant atau buat sendiri. Aku buat sendiri je sebab semua bahan ada kat rumah. (2 sudu besar tepung gandum + 2 sudu besar tepung jagung + 1 sudu kecil garam halus + 1/2 sudu kecil lada hitam kasar)
  3. Ayam yg diperap tadi, celup dalam bancuhan tepung dan terus goreng, api besar sampai garing / golden brown. Takyah celup telur dulu takpe. 🙂 Dah garing, angkat dan toskan minyak.
IMG_1234
Penyediaan kuah.
  1. Cairkan 2 sudu besar butter (aku pakai Planta je).
  2. Tumiskan 3 bahan ( 2 biji cili padi , 3 ulas bawang putih cincang, 2 tangkai daun kari) sampai naik bau dan garing.
  3. Masukkan 1/2 tin susu cair atau susu segar. (Ni utk makan 2-3 orang. Kalau nak masak untuk ramai lebihkan bahan2 lain ye)

 

IMG_1235
Last step!
  1. Bila kuah dah menggelegak, masukkan satu slice cheddar cheese. OPTIONAL tapi menjamin kesedapan buttermilk chicken ni nanti.
  2. Add 1 sudu kecil chilli flakes utk tambah ‘kick’ pedas. Biasalah tekak melayu kan hehe 😛
  3. Perasakan dgn garam, lada hitam kasar & gula dalam kuah.
  4. Masukkan ayam tadi. Gaul rata & bukak api kuat-kuat sampai menggelegak dan jadi pekat.
  5. Tak payah tambah air takpe, tapi kalau suka kuah cair-cair sikit tambah la air. Kalau rasa kuah tak cukup pekat boleh tambah bancuhan tepung jagung tapi aku tak letak pun sbb kuah dah memang pekat.

Dah siap. Hidangkan dan makan dgn nasi panas fuhhh ~~ Selamat Mencuba 😀

Jalan-Jalan Msia

Penang Avatar Secret Garden

TAMAN CAHAYA DI PULAU PINANG!

Assalamualaikum fellasss! Okay harini aku nak review sikit pasal salah satu tarikan baru di Penang ni. Mungkin ramai yang dah tahu , dan mungkin juga ada yang masih tercari-cari tempat yang menarik untuk dilawati di Penang ni. Okay aku suggest Avatar Secret Garden.

12BA5D93-6FBA-402D-9556-B18CFEF83AEE-4506-000003A354E00128

Apa yang menarik dekat sini? Okay Avatar Secret Garden ni bukanlah taman tema, bukan juga shopping mall tapi sebuah tokong yang diubahsuai menjadi satu tarikan terkini dekat Penang ni. Kawasan tokong ni letakkan lampu lampu yang banyak dan sangat indah! Tapi kena datang waktu malam lah, kalau datang siang-siang memang rugi la tak nampak apa. Kalau nak dibandingkan dengan i-City, sini lagi lawa bagi aku sebab pemandangan dia sangat indah, rasa macam duduk dekat alam fantasi.

15D2B51E-A756-487E-A9E0-AEA37AB4BF81-4506-000003A32FC87D20

Kawasan dia memang agak sempit tapi bagi aku berbaloi nak datang. Lampu dia bukan satu kaler je taw, dia automatik bertukar, memang memukau pandangan, aku amazed sangat. Cuma satu nak PESAN, orang kata tak elok sangat bawa budak kecik ke tempat ni, yelah sini kan kawasan tokong cina dan hutan, tak elok. Ada yang kata tempat ni agak ‘keras’ tapi bagi aku okay je cuma tak selesa sikit dengan bau colok dia. Haritu pun masa pergi aku bawak anak sedara yang masih baby, okay je dia takde nangis apa, terpulang lah.

IMG_6414
Kasi can lah sikit!
IMG_6415
Feeling romantis sikit 😛

Kalau nak ambil gambar lawa kat sini, korang kena ada pertolongan orang lain lah. Memang susah sikit kalau berdua je. Macam aku ni, abang ipar jadi tukang lampu (suluh muka kitorang dgn torchlight fon) dan kakak aku jadi kameraman HAHAHA memang kena gigih sikit 😛

IMG_6372
Bunga bunga LED .
IMG_6416
Kawasan tepi laut area tokong tu.
photo5jpg
Ni view waktu siang. Cantik jugak!

Address: 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

atau boleh je waze @ maps Avatar Secret Garden.

Waktu Operasi : Sentiasa bukak untuk pengunjung – 12:00 am (Daily)

Bayaran Masuk : FREE

Bayaran Parking : RM3-RM5 (depends lokasi parking, lagi dekat lagi mahal)

Resepi Masak-Masak

Chicken Wrap Ala KFC

Resepi Chicken Wrap Senang & Sedap!

Assalamualaikum. Harini aku nak share satu resepi yang boleh buat bekal dekat diri sendiri mahupun family. Senang je sampai budak darjah 1 pun boleh buat (haha over), kenyang pun kenyang. Kalau beli dekat KFC RM7 satu taw. Buat sendiri lagi jimat lepastu boleh makan banyak-banyak. Rasa dia pun sama je dengan yang beli. Nahh, ni resepi Chicken wrap ala2 kepchii 😘. Boleh cuba. Jimat buat sendiri sebab lagi puas hati kita nak letak isi dalam tu banyak2 hihi. Anak2 mesti suka 👏👏
.
Bahan2

1. Roti tortilla (mission wrap)
2. Isi ayam (dada) (potong kecik)
3. Salad
4. Tomato
5. Lobak (hiris halus2)
6. Timun (hiris halus2)
7. Keju
8. Mayonis
9. Sos thousand island.

Cara nye mudah saja😋
.
Roti mission Wrap dibakar dlm oven 2-3 minit atau boleh guna kuali non-stick. Ayam goreng tepung, aku guna tepung instant jenama Bestari perisa Pedas, sebijik macam rasa ayam KFC weh! Serius tak tipu.

Ok lepas sapu rata mayonis kat atas roti wrap dan letak bahan2 tadi ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island, then gulung roti dan siappp.

Heee. Selamat Mencuba . Rugi tak try!😘

Food Hunting

Cheese Burger Meleleh Penang

JS 17 CUISINE, GEORGETOWN

Assalamualaikum & haii. Selamat memasuki bulan baru di tahun 2018 ni.

So harini aku nak share satu tempat makan yang sedap kat korang. Burger Cheese Meleleh. Haaa nama pun dah sedap kan? Burger ni ala-ala Cheezilla gitu (burger KFC yang terbaru tuuu, yang kalau kita gigit meleleh cheese nya keluar. Haa gitu la, tapi yang ni lagi sedap dan murah taww!

IMG_0800
Tudiaaa nampak dak cheese tu meleleh ya ampun. Dalam dia ada lagi mozarella cheese yang boleh tarik tu.

Personal opinion aku, burger ni sangatlah sedap dan berbaloi dengan harga. Dia ada satu set dengan fries dan air, tapi yang aku order ni ala carte sahaja. Harga dia RM9 je weh. Ayam dia besar, tebal dan sangat juicy di dalam, crispy kat luar (dia tak pakai patty tapi dia letak chicken chop dalam burger ni). Sos cheese dan mozarella cheese yang dia letak juga banyak. Makan sebijik burger ni kenyang sampai esok!

IMG_0801
Tengoklah betapa tebal ayam tu!

Selain tu jugak, JS 17 Cuisine ni jugak ada jual macam-macam lagi menu western food yang lain. Pagi pulak, kedai ni jual menu untuk breakfast. Korang boleh tengok sendiri menu dan harga dia sekali. Memang berbaloii sangat. Kalau nak delivery pun korang boleh call nombor yang tertera kat bawah ni.

IMG_0798
Menu lain kat sini.

Lokasi kedai?? Korang cari je (Google Maps @ Waze) bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kedai ni terletak kat food court bangunan ni, bawah sekali.

Alamat : JS 17 Cuisine, 61 Lebuh Pantai, 10200 Georgetown.

Waktu Operasi : 11 am – 11 pm (Ahad tutup)

Delivery : 017-5377747