Food Hunting

Cheese Burger Meleleh Penang

JS 17 CUISINE, GEORGETOWN

Assalamualaikum & haii. Selamat memasuki bulan baru di tahun 2018 ni.

So harini aku nak share satu tempat makan yang sedap kat korang. Burger Cheese Meleleh. Haaa nama pun dah sedap kan? Burger ni ala-ala Cheezilla gitu (burger KFC yang terbaru tuuu, yang kalau kita gigit meleleh cheese nya keluar. Haa gitu la, tapi yang ni lagi sedap dan murah taww!

IMG_0800
Tudiaaa nampak dak cheese tu meleleh ya ampun. Dalam dia ada lagi mozarella cheese yang boleh tarik tu.

Personal opinion aku, burger ni sangatlah sedap dan berbaloi dengan harga. Dia ada satu set dengan fries dan air, tapi yang aku order ni ala carte sahaja. Harga dia RM9 je weh. Ayam dia besar, tebal dan sangat juicy di dalam, crispy kat luar (dia tak pakai patty tapi dia letak chicken chop dalam burger ni). Sos cheese dan mozarella cheese yang dia letak juga banyak. Makan sebijik burger ni kenyang sampai esok!

IMG_0801
Tengoklah betapa tebal ayam tu!

Selain tu jugak, JS 17 Cuisine ni jugak ada jual macam-macam lagi menu western food yang lain. Pagi pulak, kedai ni jual menu untuk breakfast. Korang boleh tengok sendiri menu dan harga dia sekali. Memang berbaloii sangat. Kalau nak delivery pun korang boleh call nombor yang tertera kat bawah ni.

IMG_0798
Menu lain kat sini.

Lokasi kedai?? Korang cari je (Google Maps @ Waze) bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Kedai ni terletak kat food court bangunan ni, bawah sekali.

Alamat : JS 17 Cuisine, 61 Lebuh Pantai, 10200 Georgetown.

Waktu Operasi : 11 am – 11 pm (Ahad tutup)

Delivery : 017-5377747